Saturday, 13 December 2014

Ke Masjid Cheng Hoo Ke Kita !

                                                  

بسم الله الرحمن الرحيم


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَ كَاتُهْ


Bagaimana cuti sekolah anda pada tahun ini ? Seronok ? Sengaja admin bertanya, maklumlah sudah lama rasanya Admin berpisah dengan papan kekunci pada komputer riba admin ini. Hahaha .

Baiklah, pada entri yang lepas admin ada menceritakan tentang lawatan kami ke Darussalam University. Jadi, pada hari ini ayuh kita ke entri seterusnya ! 

Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca entrinya sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

Setelah empat hari kami berada di Bumi Gontor ini,maka masuklah hari kelima kami dimana kami meneruskan perjalanan ke Masjid Muhammad Cheng Ho ~ Tahu tak Masjid apa ni ? Pernah dengar ? Ha... Baca elok-elok apa yang admin nak cerita ni.

Bergerak menuju ke Masjid Muhammad Cheng Hoo

Riak wajah salah seorang ahli rombongan yang sudah tidak sabar melihat destinasi seterusnya.
Akhirnya... Alhamdulillah, kami selamat tiba.

Masjid Muhammad Cheng Hoo Surabaya
Untuk pengetahuan semua, masjid ini sangat terkenal dalam kalangan masyarkat Indonesia dan merupakan salah satu destinasi pelancongan wajib bagi kebanyakan pelancong beragama islam mahupun bukan islam dari seluruh pelosok dunia.

 Mengapa masjid ini dinamakan  'Cheng Hoo' ?


Masjid ini dinamakan Masjid Cheng Hoo untuk memberi penghormatan kepada Cheng Hoo iaitu Laksamana asal Cina yang beragama Islam.

Pada tanggal 28 Mei 2003, Masjid Cheng Hoo telah dirasmikan oleh Menteri Agama Republik Indonesia.

Plat perasmian Majid Muhammad Cheng Hoo, Surabaya
Apa yang lebih istimewa, setibanya kami di sini, kami telah disambut oleh seorang lelaki berkemeja putih yang merupakan seorang imam di masjid ini.

Bak kata pepatah 'alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan'. Maka,alang-alang kami sudah berjumpa dengan imam besar di masjid tersebut, apa salahnya lawatan kami dihiasi dengan sebuah ceramah bagi menambah ilmu keagamaan di dada.

Imam besar Masjid Muhammad Cheng Hoo menyampaikan sebuah ceramah ringkas
Kaum muslimat tidak ketinggalan mendengar ceramah.
Menurut imam tersebut, beliau baru sahaja memeluk agama islam, namun mendengar ilmu agama yang disampaikan, kami terkesima seketika kerana kami yang dilahirkan dalam agama Islam ini sendiri pun tidak mempunyai ilmu setinggi beliau.

Bukan itu sahaja, dikawasan  Masjid Cheng Hoo ini juga terdapat sebuah arca yang sungguh menarik yang sangat menarik perhatian admin semasa di sana. 


Arca gabungan 3 Dimensi dan 2 Dimensi yang terletak bersebelahan dengan Masjid Cheng Hoo
turut menjadi tarikan pengunjung

Hampir satu jam lebih kami berada di Masjid ini, kami pun pulang untuk meneruskan perjalanan kami. Tapi sebelum itu, admin bergambar dahulu sebelum pergi meninggalkan tempat yang bersejarah ini.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan

Itulah cerita tentang Masjid Cheng Hoo yang kami lawati.

Sampai di sini sahaja buat sementara waktu ini. Jangan risau, perjalanan kami tidak terhenti disini malah ada lagi ceritanya yang bakal admin ceritakan buat anda semua. Tunggu..

Kalau anda bertandang ke Indonesia, nasihat admin jangan ketinggalan melawati Masjid Cheng Hoo ini ya!

Baiklah, semoga berjumpa lagi kita di lain hari. Terima kasih kerana membaca ! Assalamualaikum semua ^^