بسم الله الرحمن الرحيم
Wah nampak gayanya, sudah lama admin tidak berkongsi cerita
berkenaan kami dan
ahli gontor. Alhamdulillah, hari ini admin akan berkongsi
khabar gembira bersama anda
semua. Mesti anda semua tertanya-tanya, apakah
khabar gembira tersebut?
Ya! Tidak lain tidak bukan. Semestinya kerana ahli-ahli gontor telah tiba di Malaysia dan
kami berpeluang berjumpa semula dengan mereka. Alhamdulillah, kami telah mengadakan
satu program khas untuk guru-guru Gontor
dan menyambut kedatangan mereka disini pada 21/01/2015.
Kami bersama guru guru Smk Jalan 4 menjemput ahli-ahli Gontor dan mengiringi mereka ke sekolah kami.
Kami bersama guru guru Smk Jalan 4 menjemput ahli-ahli Gontor dan mengiringi mereka ke sekolah kami.
Mereka bersalam-salam bersama ustazah kami :)
Riak muka para penyambut tetamu yang begitu gembira atas kehadiran mereka :D
Pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang majlis berlangsung, antaranya ialah
dengan mengadakan beberapa persembahan seperti :
- Kompang
- Taranum Al-Quran
- Nasyid
- Tarian Sufi ( pelajar-pelajar maahad)
- Hiwar
Barisan ahli kompang yang sungguh bersemangat dan hebat
Ketibaan guru-guru Gontor di SMK JALAN 4.
Perarakan guru-guru Gontor ke Dewan utama untuk mendengar beberapa taklimat.
Perarakan guru-guru Gontor ke Dewan utama untuk mendengar beberapa taklimat.
Ahli-ahli Gontor bersalam-salaman bersama guru-guru Smk Jalan 4.
Mereka mendengar taklimat bersama guru-guru Smk Jalan 4 sebelum majlis bermula.
Ustazah Husna memberikan sepatah dua kata
Ustazah Faizah iaitu guru bahasa arab turut memberikan sepatah dua kata
Pengetua Smk Jalan 4 juga memberikan sepatah dua kata
Para guru juga turut serta bagi menjayakan program ini ;)
Akhirnya, ahli gontor telah tiba di dataran Ibnu Sina Smk Jalan 4 berbumbungkan 'bumbung gergasi'
Pengetua dan beberapa guru juga turut serta dalam majlis ini.
Ustazah-ustazah pendidikan agama dan juga bahasa arab ;)
Seterusnya, pengerusi majlis kami iaitu Siti Aisyah dan Muhammad Muzaffar telah mengguna dua bahasa ketika majlis itu berlangsung iaitu di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
Untuk memberkati majlis, kami membaca doa, bacaan doa dibaca oleh Muhammad Amirul Ashafiq dan majlis diteruskan dengan beberapa persembahan.
Pengerusi kami ;)
Bacaan doa.
Persembahan yang pertama iaitu
Taranum Al-Quran yang dibaca oleh Nik Nur Umaira. SubhanAllah! Sungguh
lunak dan merdu sekali bacaan yang telah dialunkan.
Izzat Zafri memberikan sepatah dua kata. Beliau mewakili kelas KAA serta mewakili ahli selusuri ilmu bahasa arab ke gontor.
Nasyid oleh kumpulan Soutul Mujahid. Tajuk lagu mereka ialah Muhasabah cinta.
Ahli Gontor yang berasa teruja dengan persembahan nasyid. Wah nampaknya ada salah seorang dari mereka sedang merakamnya ;)
Nasyid oleh kumpulan Soutul Mujahid. Tajuk lagu mereka ialah Muhasabah cinta.
Ahli Gontor yang berasa teruja dengan persembahan nasyid. Wah nampaknya ada salah seorang dari mereka sedang merakamnya ;)
Seterusnya, tarian sufi yang dipersembahkan oleh wakil pelajar Maahad Hamidiah.
Berjubah putih.
Dan, persembahan terakhir ialah hiwar. Ahli gontor sangat gembira apabila kami berhiwar didalam bahasa arab. Alhamdulillah, berkat menuntut ilmu di Gontor, kami semakin suka akan ilmu bahasa arab. Persembahan hiwar diwakili oleh :
- Nur Syafika bt Samsanir.
- Nur Arissa Edora bt. Mohd Aris.
- Nik Nur Shuhada Bt. Mohd Kamil.
- Nur Akma bt. Md Zainol.
Selesai sudah majlis tersebut. Ahli-ahli gontor bergerak ke dewan makan untuk menjamu selera dan berkenal-kenalan bersama guru-guru smk Jalan 4. Kami juga tidak melepaskan peluang bertegur sapa serta mengangkap beberapa gambar bersama mereka. Wah sejurus kami bertanyakan khabar, mereka langsung berbicara didalam bahasa arab dengan fasihnya. Wah, begitu hebat sekali mereka sekali mereka. Kami tidak jemu-jemu bertukar-tukar cerita ketika kami berada di gontor malah guru-guru gontor juga masih mengingati kami. Wah terharu sungguh.
Alhamdulillah, tidak kira betapa jauhnya kami berada. Jarak sahaja yang memisahkan kami. Kami tetap berhubung dan masih mengingati antara satu sama lain.
Ahli-ahli gontor bersama-sama guru Smk Jalan 4 telah mencipta sebuah kenangan.
Sesi bergambar di dataran ibnu sina.
Seterusnya, pengetua memberikan penghargaan dan beberapa cenderahati kepada pensyarah KUIS kerana sudi menghadirkan diri ke sekolah kami.
Baiklah, admin berharap agar anda semua seronok membaca dan moga anda lebih menyukai Bahasa Arab serta dapat meneroka lebih banyak ilmu mengenai bahasa arab.
Dengan ini, sebagai penutup, saya ingin memberikan beberapa rangkap pantun untuk ahli gontor yang sudi datang ke sekolah kami.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Barakallahufeekum! Terima kasih kerana membaca!