Assalamualaikum warahmatullah,
Hari demi hari berlalu, akhirnya hari yang kami tunggu-tunggu tiba. Pada jam 3.00 pagi, 16 November 2013, kami sudahpun berkumpul di sekolah untuk bertolak ke Lapangan Terbang LCCT. Perasaan gemuruh bercampur gembira. Namun apa yang pasti, kami sememangnya sudah tidak sabar lagi untuk terbang di Indonesia. Lebih-lebih lagi mereka yang bakal mengalami pengalaman pertama menaiki kapal terbang. Satu demi satu detik-detik memori kami rakamkan melalui lensa kamera.
Badan yang pada asalnya penat dan lesu secara tiba-tiba menjadi serba bertenaga. Mata kami tidak sekalipun terpejam ketika di atas kapal terbang. Mungkin kerana kami terlalu takjub melihat keindahan ciptaan Allah swt dari udara.
Serius... Guru pengiring menyemak kembali jadual perjalanan. |
Bergambar besama-sama ahli keluarga sebelum berpisah. |
Tiba di Lapangan Terbang LCCT |
Jelas tergambar perasaan gembira salah seorang peserta. |
Tidak terlepas mengambil gambar bersama-sama pesawat yang bakal dinaiki. |
Kami bersedia! |
Menjamu selera di atas pesawat. |
Keadaan di luar pesawat.. Matahari mula menjelma |
Awan putih berarak mengiringi perjalanan kami. |
s