Tuesday, 21 October 2014

Indonesia!! Kami Datang!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua ! 


Bersua lagi kita pada hari yang penuh keberkatan ini.


Seperti yang kami janjikan, Admin akan menyambung perkongsian detik-detik bersejarah kami di bumi Indonesia. 


Berdiri di atas satu misi, duta-duta remaja ini berkobar-kobar menaruh harapan dapat semula ke tanah air dengan satu konsep pembelajaran subjek Bahasa Arab yang bervariasi serta efektif. Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya kami tiba di bumi Indonesia. Tajuk paparan ini merupakan ayat pertama yang terpacul di bibir kami setibanya kami di sini. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya kami ketika itu. 


Adi Soemarmo Airport... Ketibaan kami disambut sang mentari
Pesanan demi pesanan diberikan guru pengiring kami
"Perkantoran" Perkataan yang selalu kita dengarkan di drama-drama sinetron
Waaah.. Gembiranya mereka!
Melihat gambar-gambar ini, adakala Admin sendiri turut tersenyum sendiri. Lafaz syukur Alhamdulillah tidak putus-putus daripada mulut kami. Gembira yang teramat sangat terbit di hati kami.

Kami sudah tiba di Indonesia.. Apa pula yang kami lakukan? Sebelum memulakan misi,  tak lengkap rasanya jika kami tidak menjamu pemandangan indah sekeliling kota Solo! 

Jauh berbeza rupanya daripada negara Malaysia. Loghat loghat Indonesia juga sudah mula berbisik bisik di telinga kami. Manakan tidaknya, pemandu pelancong kami juga merupakan penduduk tempatan di negara itu. Adakala kami terikut-ikut loghat sebutannya. 

Tidak putus-putus Edora tersenyum.
Di atas kenderaan yang akan membawa kami sepanjang kami menetap
di Indonesia.
Hujan seakan-akan menyambut kedatangan kami.
Turut kelihatan, sebuah sawah padi yang cukup luas.
Indah sungguh pemandangan di sekitar Solo. Jam mula menunjukkan jam 12.00 tengahari waktu tempatan. Sudah tiba waktu makan!

Tiba di sebuah restoran yang terletak di kota Solo
Sungguh berselera ahli rombongan menjamu selera
Kami makan dulu!
Banyak juga makanan yang dihidangkan habis
Itulah antara perkara yang dapat Admin kongsikan kepada anda hari ini. Jangan risau, kisah kami belum tamat. Masih di peringkat permulaan. 

Oleh itu, nantikan entri kami yang seterusnya !

3 comments: