Thursday, 27 November 2014

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan



بسم الله الرحمن الرحيم


Berjumpa panglima dengan saudara,
Adab dijaga elak kelahi,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Moga dilimpah restu illahi.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita masih bertemu pada hari ini. Sengaja Admin mulakan entri pada hari ini dengan pantun empat kerat. Sebenarnya telah menjadi budaya di SMK Jalan Empat untuk memulakan sesuatu ucapan dengan beberapa rangkap pantun bagi menghidupkan budaya melayu yang semakin luput ditelan zaman.

Baiklah, ayuh kita berbalik kepada tujuan kita yang sebenar.

Tajuk entri pada hari ini merupakan salah satu kata pujangga yang seringkali muncul di kertas-kertas peperiksaan pelajar sekolah baik di peringkat rendah mahupun menengah. Memang tidak dapat dinafikan lagi, peribahasa ini sememangnya cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya. 

Objektif sebenar Admin menggunakan peribahasa ini adalah untuk menggambarkan perasaan kami apabila kami akhirnya sedar tentang betapa luasnya muka bumi Allah s.w.t. dan ilmu yang terkandung di dalamnya. 

Maka hari ini, Admin akan menyambung kembali entri yang lepas dengan menceritakan detik-detik perjalanan kami mencari ilmu pada hari keempat di bumi Gontor. 

Lebih kurang jam 10.00 pagi waktu tempatan selepas melawat Gontor Putera 2, kami dibawa pula melawat Darussalam University yang terletak tidak jauh dari Gontor Putera 2. 


Pemandangan dalam perjalanan menuju ke Darussalam University

Dihadapan pintu Gerbang Darussalam University
Tidak sempat kami melelapkan mata, kami dikejutkan dengan suara pemandu pelancong kami yang mengumumkan ketibaan bas yang kami naiki di Darussalam University. 


Tiba di Darussalam University

Seperti biasa, kami bergambar dahulu sebelum melawat

Melawat bilik-bilik khas yang terdapat di Darussalam University


Sudah lama berjalan, namun tiada seorang pun yang keletihan.
Alhamdulillah.. tabah mereka menuntut ilmu.


Pak Agus mendengar soalan yang diajukan daripada salah seorang ahli rombongan.


Fokus! Salah seorang pelajar sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh salah
seorang mahasiswa di Darussalam University.
Panorama serba hijau di Darussalam University.
Bergambar bersama beberapa orang mahasiswa di Darussalam University.

Giliran hawa pula!
Irama langkah para rombongan melawat persekitaran
Subhanallah.. Bangunan apakah disebalik daun-daun ini?
Sebuah masjid rupanya. Indah sungguh reka bentuknya.
Admin yakin, sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di sini tidak akan membiarkan telefon
bimbit mereka tersimpan di dalam saku.

Setelah puas mata dan telinga kami disantapi dengan panorama indah serta madah-madah penuh ilmu, tiba masa untuk kami berpisah dengan semua warga Gontor. Berat hati ini ingin meninggalkan tempat ini namun apakan daya, kami tidak dapat menolak takdir di mana setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Sebelum itu, kami sempat bertukar-tukar hadiah dan bersalam-salaman bersama dengan pihak Gontor yang banyak mencurakan ilmu dan bakti sepanjang kami berada disini.


Salah seorang pelajar mewakili SMK Jalan Empat menyampaikan hadiah
kepada pihak Gontor
Bersalam-salaman sebelum menaiki bas
Salah seorang wakil ibu-bapa dalam rombongan melayan kerenah
jurugambar kami.
Semua ahli rombongan telahpun memasuki bas. Pemandu pelancong mengira jumlah bilangan kami bagi memastikan tiada seorang pun yang tertinggal. Setelah dipastikan semuanya telah ada, pemandu bas pun menekan pedal minyak dan memandu meninggalkan Darussalam University.


Eh, nampaknya bas ini bukan menuju ke lapangan terbang!
Ini bererti, kami masih diberi peluang untuk menghabiskan masa di Indonesia. Namun, ke mana pemandu pelancong ini membawa kami? 

Untuk memecahkan belenggu persoalan ini, nantikan entri kami yang seterusnya !

Barakallahufeekum! Terima kasih kerana membaca!



Friday, 7 November 2014

Besarkan Langkah Menuju Gontor Putera 2

بسم الله الرحمن الرحيم


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَ كَاتُهْ


Bersambung lagi cerita kita bertempat di Gontor Putera. Hari ini admin akan menyambung lagi perkongsian cerita kami di bumi gontor.

Selepas makan malam bersama, kami bertolak ke Gontor Putera untuk mendengar taklimat serba sedikit tentang sejarah Gontor Putera oleh pengetua Gontor Darussalam Putra sendiri.




Pengetua bercerita tentang Gontor Putera


Sesudah taklimat, kami mempersembahkan pelbagai persembahan yang menarik sebagai tanda berterima kasih.



Izzat Zafri menyampaikan kalam sobahiah

Selepas kalam sobahiah yang panjang berjela, kumpulan lelaki yang lain mempersembahkan nasyid. Sayangnya, kami tidak mempunyai gambar-gambarnya huhu. Berakhirnya majlis itu dengan penyampaian saguhati kepada cikgu-cikgu kami dan kepada pengetua Gontor Putra.



Majlis penyampaian cenderamata
Salah seorang wakil daripada PPD menerima hadiah daripada pihak Gontor

Sebelum kami menaiki bas dan meninggalkan tempat penuh bersejarah ini, kami mengambil gambar bersama insan-insan Gontor Putra agar kami dapat menyimpannya sebagai kenangan dan memori yang paling indah.

Bergambar bersama beberapa orang guru di Gontor
Dua orang guru pengiring yang sentiasa menjaga kami sepanjang kami berada di Gontor

Walaupun kami letih atas perjalanan yang tidak henti, akan tetapi kami sungguh gembira kerana dapat meluangkan masa di Gontor. Setelah tiba di homestay, kami terus solat dan berehat untuk pengembaraan esok hari..


Baiklah, sampai sini sahajalah saya bercerita dan berakhirlah entri admin untuk kali ini dengan ribuan terima kasih kenara meluangkan masa membaca blog ini!!


wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Moga kita berjumpa lagi pada entri yang akan datang ya~
LA TANSA GONTOR!!

Sunday, 2 November 2014

Mengejar Ilmu di Gontor Putera 1

بسم الله الرحمن الرحيم


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَ كَاتُهْ


Bertemu lagi kita pada hari ini dalam satu perkongsian entri tentang pengalaman admin dan rakan-rakan seperjuangan di Gontor Putera 1.

Baru-baru ini, admin ada menyiarkan satu entri tentang pengalaman kami menjejakkan kaki di Gontor Puteri buat julung kalinya dan hari ini admin akan berkongsi pula tentang ekspedisi kami merasai sendiri persekitaran di Gontor Putera.


Di Gontor Putera, banyak ilmu dan pengalaman baharu yang dapat kami alami dan rasai sepanjang kami berada di sana.


Pada pagi hari yang pertama di Gontor Putera, kami bangun awal untuk bersiap-siap dan bersarapan kerana hari ini kami perlu  menjelajah ke seluruh kawasan Gontor Putera yang dikhabarkan cukup luas. Pada pagi tersebut, seperti biasa, kami disajikan dengan sarapan yang istimewa yang merupakan air tangan pelajar Gontor itu sendiri. 




Pagi-pagi lagi kami sudah bergambar
Kami menaiki bas untuk ke Gontor Putera 1

Setelah siap bersarapan, kami pun berangkat menaiki bas menuju ke Gontor Putera 1. Semasa memasuki pintu gerbang Gontor, kami berasa sungguh kagum dengan seni bina bangunannya yang kreatif dan serba moden.  

Pertama sekali, kami dibawa melawat ke kelas-kelas yang ada di sana. Kami melihat cara mereka belajar. Kami juga diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang mereka gunakan. 


Melalui lawatan tersebut, banyak perkara yang baru yang dapat kami pelajari  untuk dibawa kepada rakan-rakan di sekolah kami nanti.




Bergambar di hadapan pintu gerbang Gontor Putera 1
Bangunan ini menempatkan kelas-kelas yang menampung lebih daripada 3000 orang pelajar
Suasana kelas di Gontor Putera 1
Tekun mendengar perkongsian salah seorang guru di Gontor tentang
 sistem pembelajaran di Gontor

Setelah puas melawat kelas-kelas, kami mengorak langkah keluar daripada bangunan tersebut. Semasa keluar, kami melihat deretan pelajar Gontor yang sedang asyik menikmati aiskrim. Menurut salah seorang guru yang membawa kami berjalan di sekeliling kawasan Gontor ini, aiskrim di sini cukup istimewa kerana aiskrim tersebut merupakan hasil buatan tangan salah seorang pelajar di situ. Tanpa melepaskan peluang, kami terus mendekati penjual aiskrim tersebut dan menikmati aiskrim yang dikatakan cukup istimewa ini.


Menikmati aiskrim istimewa Gontor sambil berbual bersama beberapa orang pelajar Gontor.

Kemudian, kami dibawa pula melawat sekitar kawasan Gontor Putera 1. 
Di Gontor Putera 1, terdapat ladang ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan sebagainya. Hasil daripada ternakan tersebut digunakan untuk kegunaan pelajar dan guru-guru bagi menjalankan aktiviti pembelajaran dan pembangunan Gontor.

Selain itu, kami dapat melihat hasil kreatif pelajar Gontor  seperti basikal  dan juga lukisan-lukisan yang menarik yang dipamerkan pada dinding. 

Gontor mempunyai stesyen radio mereka sendiri. Stesyen radio ini digunakan bagi memberikan berita terkini dan isu-isu semasa di Gontor.. Admin merasa kagum dengan kehebatan Gontor kerana admin rasa belum pernah ada sekolah yang mepunyai stesyen radio di sekolah.



Hostel Syiria Gontor
Stesyen radio dan telivisyen Gontor
Ladang ternakan
Bergambar bersama sebuah basikal yang mempunyai reka bentuk yang cukup unik 
cetusan idea kreatif pelajar Gontor

Lawatan kami diteruskan dengan melawat Masjid Gontor Putera 1. Persembahan seni bina masjid ini sangat memukau dengan reka bentuknya yang sangat menarik. Kebiasaannya, kami hanya mampu melihat melalui kaca telivisyen sahaja namun pada hari ini kami berpeluang untuk melihat sendiri keunikan masjid ini. 



Bergambar di hadapan sebuah masjid yang terletak di Gontor Putera 1


Mata kami disaji dengan pelbagai banting yang mengandungi pelbagai coretan berbahasa arab.

Sebaris kata pujangga arab yang membakar semangat kami untuk meneruskan perjuangan                

Sekian sahaja entri admin untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami dalam mengeksplorasi ilmu di Gontor.  Admin merasakan bahawa misi kami untuk mempelajari rahsia sistem pembelajaran bahasa arab di Gontor ini berjalan dengan jayanya kerana banyak ilmu yang kami perolehi daripada Gontor.

Semoga anda dapat meluangkan masa lagi dalam entri kami yang seterusnya. Ikuti kisah suka duka kami dalam entri yang akan datang. LA TANSA !