Sunday, 2 November 2014

Mengejar Ilmu di Gontor Putera 1

بسم الله الرحمن الرحيم


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَ كَاتُهْ


Bertemu lagi kita pada hari ini dalam satu perkongsian entri tentang pengalaman admin dan rakan-rakan seperjuangan di Gontor Putera 1.

Baru-baru ini, admin ada menyiarkan satu entri tentang pengalaman kami menjejakkan kaki di Gontor Puteri buat julung kalinya dan hari ini admin akan berkongsi pula tentang ekspedisi kami merasai sendiri persekitaran di Gontor Putera.


Di Gontor Putera, banyak ilmu dan pengalaman baharu yang dapat kami alami dan rasai sepanjang kami berada di sana.


Pada pagi hari yang pertama di Gontor Putera, kami bangun awal untuk bersiap-siap dan bersarapan kerana hari ini kami perlu  menjelajah ke seluruh kawasan Gontor Putera yang dikhabarkan cukup luas. Pada pagi tersebut, seperti biasa, kami disajikan dengan sarapan yang istimewa yang merupakan air tangan pelajar Gontor itu sendiri. 




Pagi-pagi lagi kami sudah bergambar
Kami menaiki bas untuk ke Gontor Putera 1

Setelah siap bersarapan, kami pun berangkat menaiki bas menuju ke Gontor Putera 1. Semasa memasuki pintu gerbang Gontor, kami berasa sungguh kagum dengan seni bina bangunannya yang kreatif dan serba moden.  

Pertama sekali, kami dibawa melawat ke kelas-kelas yang ada di sana. Kami melihat cara mereka belajar. Kami juga diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang mereka gunakan. 


Melalui lawatan tersebut, banyak perkara yang baru yang dapat kami pelajari  untuk dibawa kepada rakan-rakan di sekolah kami nanti.




Bergambar di hadapan pintu gerbang Gontor Putera 1
Bangunan ini menempatkan kelas-kelas yang menampung lebih daripada 3000 orang pelajar
Suasana kelas di Gontor Putera 1
Tekun mendengar perkongsian salah seorang guru di Gontor tentang
 sistem pembelajaran di Gontor

Setelah puas melawat kelas-kelas, kami mengorak langkah keluar daripada bangunan tersebut. Semasa keluar, kami melihat deretan pelajar Gontor yang sedang asyik menikmati aiskrim. Menurut salah seorang guru yang membawa kami berjalan di sekeliling kawasan Gontor ini, aiskrim di sini cukup istimewa kerana aiskrim tersebut merupakan hasil buatan tangan salah seorang pelajar di situ. Tanpa melepaskan peluang, kami terus mendekati penjual aiskrim tersebut dan menikmati aiskrim yang dikatakan cukup istimewa ini.


Menikmati aiskrim istimewa Gontor sambil berbual bersama beberapa orang pelajar Gontor.

Kemudian, kami dibawa pula melawat sekitar kawasan Gontor Putera 1. 
Di Gontor Putera 1, terdapat ladang ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan sebagainya. Hasil daripada ternakan tersebut digunakan untuk kegunaan pelajar dan guru-guru bagi menjalankan aktiviti pembelajaran dan pembangunan Gontor.

Selain itu, kami dapat melihat hasil kreatif pelajar Gontor  seperti basikal  dan juga lukisan-lukisan yang menarik yang dipamerkan pada dinding. 

Gontor mempunyai stesyen radio mereka sendiri. Stesyen radio ini digunakan bagi memberikan berita terkini dan isu-isu semasa di Gontor.. Admin merasa kagum dengan kehebatan Gontor kerana admin rasa belum pernah ada sekolah yang mepunyai stesyen radio di sekolah.



Hostel Syiria Gontor
Stesyen radio dan telivisyen Gontor
Ladang ternakan
Bergambar bersama sebuah basikal yang mempunyai reka bentuk yang cukup unik 
cetusan idea kreatif pelajar Gontor

Lawatan kami diteruskan dengan melawat Masjid Gontor Putera 1. Persembahan seni bina masjid ini sangat memukau dengan reka bentuknya yang sangat menarik. Kebiasaannya, kami hanya mampu melihat melalui kaca telivisyen sahaja namun pada hari ini kami berpeluang untuk melihat sendiri keunikan masjid ini. 



Bergambar di hadapan sebuah masjid yang terletak di Gontor Putera 1


Mata kami disaji dengan pelbagai banting yang mengandungi pelbagai coretan berbahasa arab.

Sebaris kata pujangga arab yang membakar semangat kami untuk meneruskan perjuangan                

Sekian sahaja entri admin untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami dalam mengeksplorasi ilmu di Gontor.  Admin merasakan bahawa misi kami untuk mempelajari rahsia sistem pembelajaran bahasa arab di Gontor ini berjalan dengan jayanya kerana banyak ilmu yang kami perolehi daripada Gontor.

Semoga anda dapat meluangkan masa lagi dalam entri kami yang seterusnya. Ikuti kisah suka duka kami dalam entri yang akan datang. LA TANSA !




No comments:

Post a Comment