Berjumpa panglima dengan saudara,
Adab dijaga elak kelahi,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Moga dilimpah restu illahi.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita masih bertemu pada hari ini. Sengaja Admin mulakan entri pada hari ini dengan pantun empat kerat. Sebenarnya telah menjadi budaya di SMK Jalan Empat untuk memulakan sesuatu ucapan dengan beberapa rangkap pantun bagi menghidupkan budaya melayu yang semakin luput ditelan zaman.
Baiklah, ayuh kita berbalik kepada tujuan kita yang sebenar.
Tajuk entri pada hari ini merupakan salah satu kata pujangga yang seringkali muncul di kertas-kertas peperiksaan pelajar sekolah baik di peringkat rendah mahupun menengah. Memang tidak dapat dinafikan lagi, peribahasa ini sememangnya cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya.
Objektif sebenar Admin menggunakan peribahasa ini adalah untuk menggambarkan perasaan kami apabila kami akhirnya sedar tentang betapa luasnya muka bumi Allah s.w.t. dan ilmu yang terkandung di dalamnya.
Maka hari ini, Admin akan menyambung kembali entri yang lepas dengan menceritakan detik-detik perjalanan kami mencari ilmu pada hari keempat di bumi Gontor.
Lebih kurang jam 10.00 pagi waktu tempatan selepas melawat Gontor Putera 2, kami dibawa pula melawat Darussalam University yang terletak tidak jauh dari Gontor Putera 2.
Pemandangan dalam perjalanan menuju ke Darussalam University |
Dihadapan pintu Gerbang Darussalam University |
Tiba di Darussalam University |
Seperti biasa, kami bergambar dahulu sebelum melawat |
Melawat bilik-bilik khas yang terdapat di Darussalam University |
Sudah lama berjalan, namun tiada seorang pun yang keletihan. Alhamdulillah.. tabah mereka menuntut ilmu. |
Pak Agus mendengar soalan yang diajukan daripada salah seorang ahli rombongan. |
Fokus! Salah seorang pelajar sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh salah seorang mahasiswa di Darussalam University. |
Panorama serba hijau di Darussalam University. |
Bergambar bersama beberapa orang mahasiswa di Darussalam University. |
Giliran hawa pula! |
Irama langkah para rombongan melawat persekitaran |
Subhanallah.. Bangunan apakah disebalik daun-daun ini? |
Sebuah masjid rupanya. Indah sungguh reka bentuknya. |
Admin yakin, sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di sini tidak akan membiarkan telefon bimbit mereka tersimpan di dalam saku. |
Setelah puas mata dan telinga kami disantapi dengan panorama indah serta madah-madah penuh ilmu, tiba masa untuk kami berpisah dengan semua warga Gontor. Berat hati ini ingin meninggalkan tempat ini namun apakan daya, kami tidak dapat menolak takdir di mana setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Sebelum itu, kami sempat bertukar-tukar hadiah dan bersalam-salaman bersama dengan pihak Gontor yang banyak mencurakan ilmu dan bakti sepanjang kami berada disini.
Salah seorang pelajar mewakili SMK Jalan Empat menyampaikan hadiah kepada pihak Gontor |
Bersalam-salaman sebelum menaiki bas |
Salah seorang wakil ibu-bapa dalam rombongan melayan kerenah jurugambar kami. |
Eh, nampaknya bas ini bukan menuju ke lapangan terbang! |
Untuk memecahkan belenggu persoalan ini, nantikan entri kami yang seterusnya !
Barakallahufeekum! Terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment