Wednesday, 29 October 2014

Hidupkan Enjin! Kita ke Gontor Putera 1 !

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih terdapat masa untuk Admin mengemaskini blog ini.
Pada hari ini, Admin akan menyambung entri tentang pengembaraan kami di Gontor.

Setelah kami meninggalkan kelas, kami sempat ke kedai menjual barangan seperti roti, cenderamata dan lain lain. Kami sempat membeli beberapa barang sebelum pulang ke tempat penginapan.

La Tansa Store, Gontor

Jangan terkejut, kedai ini memang dikhususkan untuk warga Gontor sahaja

Setibanya kami di tempat penginapan, kami dengan segera mengemas barang-barang kami untuk meneruskan perjalanan ke Gontor Putera 1. Kami berasa gembira dan pada masa yang sama kami berasa sangat sedih kerana perlu meninggalkan Gontor Puteri 1 yang telah menghadiahkan 1001 kenangan yang indah kepada kami. Perjalanan ke Gontor Putera 1 mengambil masa beberapa jam untuk tiba ke sana. 

Kami tiba di sana pada waktu petang. Walaupun berasa penat, kami tetap berasa gembira kerana telah selamat tiba ke tempat yang di tuju. Kami berkumpul bagi sesi pengagihan kunci bilik. Setelah selesai, kami beredar ke bilik-bilik kami untuk berehat dan menyiapkan diri untuk ke program seterusnya.

Selamat tiba di Gontor Puteri 1 dalam keadaan hujan lebat

Seusai mengerjakan solat Maghrib, kami turun untuk makan malam di dewan makan yang berdekatan dengan tempat penginapan kami. Sesudah makan, pelajar lelaki melakukan latihan kalimatus sobah dan nasyid yang merupakan salah satu tugasan khas yang diberikan oleh guru-guru pembimbing. Setelah latihan tamat, kami bertolak ke pusat pembelajaran Gontor Putera 1 untuk menyaksikan pelajar di sana melakukan aktiviti bahas dalam bahasa Inggeris pada waktu malam. Kami terpegun melihat kehebatan mereka berbahas dengan lancar sambil melontarkan idea yang bernas. 

Salah seorang pelajar Gontor menyampaikan pidato berbahasa Inggeris secara spontan

Sesudah selesai, kami pulang ke tempat menginap untuk berehat. Begitulah cerita kami bagi hari pertama di Gontor Putera 1.
Moga bertemu lagi pada masa yang akan datang :)

Saturday, 25 October 2014

Administrator's Message

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum :)


This page is prepared for ISID's Authors. I really hope that you can share something with us through this blog.

Thank you and have a nice day !

Friday, 24 October 2014

Editor JESS - Duta Kohort II Lawatan ke Gontor

Izzat Zafri Bin Mohd Zamri

Perwakilan Kelas Aliran Agama

Editor

Muhammad Arif Bin Zaini

Perwakilan Kelas Aliran Agama

Editor

Muhammad Muzaffar Bin Mohd Yazid

Perwakilan Pasukan Nasyid Sekolah

Editor

Muhamad Amirul Ashafiq Bin Azam

Perwakilan Nasyid Sekolah

Editor

Nur Arissa Edora Binti Mohd Aris

Perwakilan Kelas Aliran Agama

Editor

Nik Nur Shuhada Binti Mohd Kamil @ Rahim Kamil

Perwakilan Kelas Aliran Agama

Editor

Nur Syafika Binti Samsanir

Perwakilan Kelas Aliran Agama

Editor

Nur Akma Binti Md Zainol

Perwakilan Kelas Aliran Agama

Editor

Nur Athirah Binti Mohd Nor

Perwakilan Kelas Aliran Agama

Editor


Wednesday, 22 October 2014

PENGEMBARAAN KE GONTOR!!! MARI KE GONTOR!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua!! 

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN! 


Mulakan hari anda dengan bismillah dan senyum selalu :) 


Bertemu lagi kita pada hari ini. Baiklah hari ini Admin akan menyambung perkongsian perjalanan kami ke Gontor. 


Kami berada di dalam bas untuk beberapa jam. Tapi, kami langsung tidak jemu dan masih teruja. Almaklumlah, bukan sekejap perjalanannya untuk sampai ke Gontor Putri 1. Tidak mengapa, bak kata pepatah ; jauh perjalanan, luas pemandangan. 

Jadi, kami semua menikmati alam ciptaan Allah ini dan kami dapat melihat pelbagai suasana mahupun situasi yang kami tidak pernah lihat ketika di Malaysia. Kami terbayang bayang bagaimana suasana di Gontor nanti. 

Setelah beberapa jam menunggu. AKHIRNYA! KAMI TIBA JUA DI GONTOR! alangkah terujanya kami apabila menjejakkan kaki di bumi gontor ini. Kami tergamam melihat betapa besarnya sekolah mereka. Pelajar-pelajar disana juga sungguh berdisiplin. 


Kami pun menurunkan beg masing-masing. Mengambil kunci bilik dan pergi ke bilik masing-masing. Alhamdulillah, semua keperluan yang kami perlukan mencukupi. Kami mula berkenalan dan beramah mesra dengan guru-guru disana. 


Kemudian,kami mula bersiap untuk makan malam bersama guru-guru pengiring. 




Kami menjamu selera. Makanan yang disediakan enak-enak belaka. Lauk-pauk yang dihidangkan dimasak sendiri oleh pelajar-pelajar di Gontor Putri.

Salah seorang pelajar yang amat meminati makanan di Gontor. Lihatlah betapa gembiranya dia! :)


Bergerak ke dewan untuk mendengar taklimat. Kami turut berkenalan dengan beberapa orang guru.


Guru-guru di sini mengalu-alukan kedatangan kami.
Panca Jiwa Pondok Modern.. Rahsia keutuhan akhlak para pelajar di sini.

Panca Jiwa Pondok Modern. 

  • Keikhlasan 
  • Kesederhanaan
  • Berdikari
  • Ukhuwah Islamiyah
  • Kebebasan 
Mereka amat menitikberatkan panca jiwa tersebut dan mengamalkannya.  


Masih fokus menelaah pelajaran walaupun hari sudah lewat malam.
Kami sungguh kagum dengan ketekunan mereka. Mereka belajar setiap masa, tidak kira waktu dan tempat. Walaupun hari sudah gelap. Mereka tetap memegang buku dan mengulang kaji pelajaran. Maklumlah, sesetengah pelajar hanya mengulangkaji pelajaran apabila mereka hendak menghadapi peperiksaan. 







Mendengar taklimat bersama ahli rombongan.

Setelah selesai mendengar taklimat. Kami semua bergerak ke bilik masing-masing. Dari jauh kedengaran suara-suara kami mengucapkan ucapan "lailatun saeedah" rakan-rakan seperjuangan. Guru-guru pembimbing kami hanya mampu tersenyum melihat teletah kami. 

..............................................................................................................................................

SELAMAT PAGI!! 


Pagi, kami bangun dan menyiapkan diri dengan berpakaian sekolah. 
Kami mendengar beberapa nasihat dan taklimat daripada guru kami. Guru mengingati kami untuk bersiap sedia. Kami menyediakan beberapa persembahan seperti Hiwar, Kalam sobahiah dan Nasyid. Wahh gementarnya! 


Guru pengiring melakukan rondaan dari bilik ke bilik bagi memastikan kelancaran program pada hari tersebut.

Bermulalah perjalanan kami, kami bersarapan pagi di dewan makan.


Waah.. Banyak juga makanan yang sangat jarang ditemukan di Malaysia.
Lihatlah senyuman itu :)
Kami bersiap sedia di luar homestay. Pelajar perempuan masih gementar untuk mempersembahan hiwar. Jadi, kami mengambil peluang untuk menghafal sambil menunggu pelajar lelaki dan guru-guru untuk bersiap


Bersiap-siaga
Skrip hiwar hasil nukilan kami. Tidak sabar rasanya ingin mempersembahkannya.


Guru pengiring kami yang tidak putus-putus memberi nasihat serta menguatkan lagi semangat kami. Kami berjalan ke sekolah yang tidak jauh dari homestay. 





Kami tiba di hadapan pintu gerbang 'GONTOR FOR GIRLS 1' Disinilah pengembaraan kami bermula!

Apa yang berlaku di dalam sana?

Nantikan sambungan pengembaraan kami ya!


Baiklah, itu saja pengalaman yang dapat admin kongsikan pada hari ini! nantikan perkongsian berkenaan pengembaraan kami ke bumi gontor. Bagaimana kami meneroka ilmu bahasa arab dengan lebih mendalam. Bagaimana mereka menjadi begitu fasih berinteraksi dalam bahasa arab dan sebagainya.

TERIMA KASIH! SYUKRAN! kerana sudi meluangkan masa membaca blog kami!

nuhibbu allughatularabiah hubban jamma! ilalliqa! 




SERONOKNYA!!!


Seronok rasanya apabila berpeluang untuk mengembara sambil belajar di Gontor ini. Kami dibawa melawat keliling kawasan Gontor Puteri 1 ini. Rombongan belajar kami turut berkenalan dengan guru-guru yang mengajar pelajar di sana. Kami difahamkan bahawa guru-guru di sini merupakan bekas pelajar dari Gontor sendiri dan berumur antara 17 tahun ke atas.


Rombongan ke Gontor

Setelah sesi berkenalan, pelajar perempuan dibawa ke kelas untuk sesi pembelajaran. Pada mulanya, kami berasa amat gementar untuk bertemu dengan pelajar-pelajar di sana . Maklumlah, penggunaan Bahasa Arab dalam perbualan kami tidaklah sehebat mereka tetapi kami tetap cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dengan baik. 

Mari belajar!

Fokus pada pembelajaran



Sementara itu, para pegawai dan pelajar lelaki dibawa melawat ke Gontor yang lain. Manakala pelajar perempuan mempunyai misi iaitu membuat persembahan hiwar (dialog dalam bahasa arab) di dalam kelas. Sifat peramah yang ada pada diri setiap pelajar Gontor menjadikan kami lebih gembira untuk belajar di dalam kelas serta lebih berani untuk membuat persembahan di hadapan. Kami berasa amat gembira.

Seronok bergambar bersama

Bersama rakan-rakan baru ^^

 Pada waktu rehat, kami sempat bergambar bersama pelajar Gontor di dalam kelas. Kami berasa amat teruja kerana mereka memberi layanan yang sangat baik.







Pada waktu akhir sesi pembelajaran, kami berasa amat berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan baru kami. Pengalaman belajar di Gontor Puteri 1 memang menyeronokkan dan tidak akan dilupakan . Sebagai kenangan, kami turut mengambil beberapa gambar bersama guru dan rakan-rakan kami. Tidak lupa juga! Kami juga sempat berkongsi e-mel laman sosial bersama guru-guru di sana. Kami akan tetap berhubung dengan mereka walaupun kami akan berpisah. 

Facebook! Facebook!


Sebelum meninggalkan Gontor Puteri 1, kami berpeluang melihat kerjasama antara pelajar di sana dalam memastikan kebersihan kawasan Gontor sentiasa terjamin. Kami turut sempat menemubual pelajar Malaysia yang berada di Gontor mengenai pengalaman mereka sepanjang belajar di sana. 





Sehingga di sini sahajalah pengembaraan sambil belajar kami di Gontor Puteri 1.. Ikuti sambungan cerita pengembaraan kami di bumi Gontor pada masa akan datang. Jangan lupa!

Tuesday, 21 October 2014

Indonesia!! Kami Datang!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua ! 


Bersua lagi kita pada hari yang penuh keberkatan ini.


Seperti yang kami janjikan, Admin akan menyambung perkongsian detik-detik bersejarah kami di bumi Indonesia. 


Berdiri di atas satu misi, duta-duta remaja ini berkobar-kobar menaruh harapan dapat semula ke tanah air dengan satu konsep pembelajaran subjek Bahasa Arab yang bervariasi serta efektif. Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya kami tiba di bumi Indonesia. Tajuk paparan ini merupakan ayat pertama yang terpacul di bibir kami setibanya kami di sini. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya kami ketika itu. 


Adi Soemarmo Airport... Ketibaan kami disambut sang mentari
Pesanan demi pesanan diberikan guru pengiring kami
"Perkantoran" Perkataan yang selalu kita dengarkan di drama-drama sinetron
Waaah.. Gembiranya mereka!
Melihat gambar-gambar ini, adakala Admin sendiri turut tersenyum sendiri. Lafaz syukur Alhamdulillah tidak putus-putus daripada mulut kami. Gembira yang teramat sangat terbit di hati kami.

Kami sudah tiba di Indonesia.. Apa pula yang kami lakukan? Sebelum memulakan misi,  tak lengkap rasanya jika kami tidak menjamu pemandangan indah sekeliling kota Solo! 

Jauh berbeza rupanya daripada negara Malaysia. Loghat loghat Indonesia juga sudah mula berbisik bisik di telinga kami. Manakan tidaknya, pemandu pelancong kami juga merupakan penduduk tempatan di negara itu. Adakala kami terikut-ikut loghat sebutannya. 

Tidak putus-putus Edora tersenyum.
Di atas kenderaan yang akan membawa kami sepanjang kami menetap
di Indonesia.
Hujan seakan-akan menyambut kedatangan kami.
Turut kelihatan, sebuah sawah padi yang cukup luas.
Indah sungguh pemandangan di sekitar Solo. Jam mula menunjukkan jam 12.00 tengahari waktu tempatan. Sudah tiba waktu makan!

Tiba di sebuah restoran yang terletak di kota Solo
Sungguh berselera ahli rombongan menjamu selera
Kami makan dulu!
Banyak juga makanan yang dihidangkan habis
Itulah antara perkara yang dapat Admin kongsikan kepada anda hari ini. Jangan risau, kisah kami belum tamat. Masih di peringkat permulaan. 

Oleh itu, nantikan entri kami yang seterusnya !