Assalamualaikum semua!!
AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN!
Mulakan hari anda dengan bismillah dan senyum selalu :)
Bertemu lagi kita pada hari ini. Baiklah hari ini Admin akan menyambung perkongsian perjalanan kami ke Gontor.
Kami berada di dalam bas untuk beberapa jam. Tapi, kami langsung tidak jemu dan masih teruja. Almaklumlah, bukan sekejap perjalanannya untuk sampai ke Gontor Putri 1. Tidak mengapa, bak kata pepatah ; jauh perjalanan, luas pemandangan.
Jadi, kami semua menikmati alam ciptaan Allah ini dan kami dapat melihat pelbagai suasana mahupun situasi yang kami tidak pernah lihat ketika di Malaysia. Kami terbayang bayang bagaimana suasana di Gontor nanti.
Setelah beberapa jam menunggu. AKHIRNYA! KAMI TIBA JUA DI GONTOR! alangkah terujanya kami apabila menjejakkan kaki di bumi gontor ini. Kami tergamam melihat betapa besarnya sekolah mereka. Pelajar-pelajar disana juga sungguh berdisiplin.
Kami pun menurunkan beg masing-masing. Mengambil kunci bilik dan pergi ke bilik masing-masing. Alhamdulillah, semua keperluan yang kami perlukan mencukupi. Kami mula berkenalan dan beramah mesra dengan guru-guru disana.
Kemudian,kami mula bersiap untuk makan malam bersama guru-guru pengiring.
Kami menjamu selera. Makanan yang disediakan enak-enak belaka. Lauk-pauk yang dihidangkan dimasak sendiri oleh pelajar-pelajar di Gontor Putri. |
Salah seorang pelajar yang amat meminati makanan di Gontor. Lihatlah betapa gembiranya dia! :) |
Bergerak ke dewan untuk mendengar taklimat. Kami turut berkenalan dengan beberapa orang guru. |
Guru-guru di sini mengalu-alukan kedatangan kami. |
Panca Jiwa Pondok Modern.. Rahsia keutuhan akhlak para pelajar di sini. |
Panca Jiwa Pondok Modern.
- Keikhlasan
- Kesederhanaan
- Berdikari
- Ukhuwah Islamiyah
- Kebebasan
Masih fokus menelaah pelajaran walaupun hari sudah lewat malam. |
Mendengar taklimat bersama ahli rombongan. |
Setelah selesai mendengar taklimat. Kami semua bergerak ke bilik masing-masing. Dari jauh kedengaran suara-suara kami mengucapkan ucapan "lailatun saeedah" rakan-rakan seperjuangan. Guru-guru pembimbing kami hanya mampu tersenyum melihat teletah kami.
..............................................................................................................................................
SELAMAT PAGI!!
Pagi, kami bangun dan menyiapkan diri dengan berpakaian sekolah.
Kami mendengar beberapa nasihat dan taklimat daripada guru kami. Guru mengingati kami untuk bersiap sedia. Kami menyediakan beberapa persembahan seperti Hiwar, Kalam sobahiah dan Nasyid. Wahh gementarnya!
Guru pengiring melakukan rondaan dari bilik ke bilik bagi memastikan kelancaran program pada hari tersebut. |
Bermulalah perjalanan kami, kami bersarapan pagi di dewan makan.
Waah.. Banyak juga makanan yang sangat jarang ditemukan di Malaysia. |
Lihatlah senyuman itu :) |
Bersiap-siaga |
Skrip hiwar hasil nukilan kami. Tidak sabar rasanya ingin mempersembahkannya. |
Guru pengiring kami yang tidak putus-putus memberi nasihat serta menguatkan lagi semangat kami. Kami berjalan ke sekolah yang tidak jauh dari homestay.
Kami tiba di hadapan pintu gerbang 'GONTOR FOR GIRLS 1' Disinilah pengembaraan kami bermula!
Apa yang berlaku di dalam sana?
Nantikan sambungan pengembaraan kami ya!
Baiklah, itu saja pengalaman yang dapat admin kongsikan pada hari ini! nantikan perkongsian berkenaan pengembaraan kami ke bumi gontor. Bagaimana kami meneroka ilmu bahasa arab dengan lebih mendalam. Bagaimana mereka menjadi begitu fasih berinteraksi dalam bahasa arab dan sebagainya.
TERIMA KASIH! SYUKRAN! kerana sudi meluangkan masa membaca blog kami!
nuhibbu allughatularabiah hubban jamma! ilalliqa!
SERONOKNYA!!!
Seronok rasanya
apabila berpeluang untuk mengembara sambil belajar di Gontor ini. Kami dibawa
melawat keliling kawasan Gontor Puteri 1 ini. Rombongan belajar kami turut
berkenalan dengan guru-guru yang mengajar pelajar di sana. Kami difahamkan
bahawa guru-guru di sini merupakan bekas pelajar dari Gontor sendiri dan
berumur antara 17 tahun ke atas.
Rombongan ke Gontor |
Setelah sesi
berkenalan, pelajar perempuan dibawa ke kelas untuk sesi pembelajaran. Pada mulanya,
kami berasa amat gementar untuk bertemu dengan pelajar-pelajar di sana .
Maklumlah, penggunaan Bahasa Arab dalam perbualan kami tidaklah sehebat mereka
tetapi kami tetap cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab
dengan baik.
Sementara itu, para
pegawai dan pelajar lelaki dibawa melawat ke Gontor yang lain. Manakala pelajar
perempuan mempunyai misi iaitu membuat persembahan hiwar (dialog dalam bahasa
arab) di dalam kelas. Sifat peramah yang ada pada diri setiap pelajar Gontor
menjadikan kami lebih gembira untuk belajar di dalam kelas serta lebih berani
untuk membuat persembahan di hadapan. Kami berasa amat gembira.
Pada waktu rehat, kami sempat bergambar bersama pelajar Gontor di dalam kelas. Kami berasa amat teruja kerana mereka memberi layanan yang sangat baik.
Seronok bergambar bersama |
Bersama rakan-rakan baru ^^ |
Pada waktu rehat, kami sempat bergambar bersama pelajar Gontor di dalam kelas. Kami berasa amat teruja kerana mereka memberi layanan yang sangat baik.
Pada waktu akhir sesi
pembelajaran, kami berasa amat berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan baru
kami. Pengalaman belajar di Gontor Puteri 1 memang menyeronokkan dan tidak akan
dilupakan . Sebagai kenangan, kami turut mengambil beberapa gambar bersama guru
dan rakan-rakan kami. Tidak lupa juga! Kami juga sempat berkongsi e-mel laman sosial bersama
guru-guru di sana. Kami akan tetap berhubung dengan mereka walaupun kami akan
berpisah.
Facebook! Facebook! |
Sebelum meninggalkan
Gontor Puteri 1, kami berpeluang melihat kerjasama antara pelajar di sana dalam
memastikan kebersihan kawasan Gontor sentiasa terjamin. Kami turut sempat
menemubual pelajar Malaysia yang berada di Gontor mengenai pengalaman mereka
sepanjang belajar di sana.
Sehingga di sini
sahajalah pengembaraan sambil belajar kami di Gontor Puteri 1.. Ikuti sambungan
cerita pengembaraan kami di bumi Gontor pada masa akan datang. Jangan lupa!
Setinggi kasih dan tahniah. Entri yang paling lengkap dan bermaklumat.
ReplyDeleteTahniah buat pelajar - pelajar dan juga guru yang menjayakan program ini. Semoga jalinan persahabatan berkekalan.
ReplyDeleteKenapa tidak dikemaskini?
ReplyDelete