Wednesday, 29 October 2014

Hidupkan Enjin! Kita ke Gontor Putera 1 !

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih terdapat masa untuk Admin mengemaskini blog ini.
Pada hari ini, Admin akan menyambung entri tentang pengembaraan kami di Gontor.

Setelah kami meninggalkan kelas, kami sempat ke kedai menjual barangan seperti roti, cenderamata dan lain lain. Kami sempat membeli beberapa barang sebelum pulang ke tempat penginapan.

La Tansa Store, Gontor

Jangan terkejut, kedai ini memang dikhususkan untuk warga Gontor sahaja

Setibanya kami di tempat penginapan, kami dengan segera mengemas barang-barang kami untuk meneruskan perjalanan ke Gontor Putera 1. Kami berasa gembira dan pada masa yang sama kami berasa sangat sedih kerana perlu meninggalkan Gontor Puteri 1 yang telah menghadiahkan 1001 kenangan yang indah kepada kami. Perjalanan ke Gontor Putera 1 mengambil masa beberapa jam untuk tiba ke sana. 

Kami tiba di sana pada waktu petang. Walaupun berasa penat, kami tetap berasa gembira kerana telah selamat tiba ke tempat yang di tuju. Kami berkumpul bagi sesi pengagihan kunci bilik. Setelah selesai, kami beredar ke bilik-bilik kami untuk berehat dan menyiapkan diri untuk ke program seterusnya.

Selamat tiba di Gontor Puteri 1 dalam keadaan hujan lebat

Seusai mengerjakan solat Maghrib, kami turun untuk makan malam di dewan makan yang berdekatan dengan tempat penginapan kami. Sesudah makan, pelajar lelaki melakukan latihan kalimatus sobah dan nasyid yang merupakan salah satu tugasan khas yang diberikan oleh guru-guru pembimbing. Setelah latihan tamat, kami bertolak ke pusat pembelajaran Gontor Putera 1 untuk menyaksikan pelajar di sana melakukan aktiviti bahas dalam bahasa Inggeris pada waktu malam. Kami terpegun melihat kehebatan mereka berbahas dengan lancar sambil melontarkan idea yang bernas. 

Salah seorang pelajar Gontor menyampaikan pidato berbahasa Inggeris secara spontan

Sesudah selesai, kami pulang ke tempat menginap untuk berehat. Begitulah cerita kami bagi hari pertama di Gontor Putera 1.
Moga bertemu lagi pada masa yang akan datang :)

No comments:

Post a Comment